Tujuh Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Dapat Rumah Baharu

312

KEMAMAN – Tujuh keluarga yang tinggal sehelai sepinggang setelah tempat tinggal mereka di Taman Islam hangus dalam satu kebakaran, akan dapat rumah baharu.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Hanafiah Mat berkata, pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bernilai RM60,000 sebuah.

“peruntukan Tabung Darul Iman kita akan segerakan pembinaan bermula awal bulan Mac dan insya Allah menjelang Hari Raya, mereka boleh berpindah ke rumah baharu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mudir Pusat Pengajian Taman Islam, Ustaz Mohd Rabi Ali @ Haji Wahab berkata kejadian yang berlaku pada 7.40 pagi itu membabitkan rumahnya, tenaga pengajar pusat berkenaan dan kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(IMITS) DUN Cukai itu sangat pantas.

“Api yang marak terlalu cepat menyebabkan tidak ada yang dapat diselamatkan, dua buah almari yang mengandungi kitab-kitab saya juga habis terbakar, Alhamdulillah tidak ada kemalangan jiwa, ” katanya.