Oleh : WR Fatimah Din
SEKIJANG – Setiap anggota jentera yang menjalankan tugas di lapangan agar membuat persediaan untuk hadapi pilihanraya mengikut kemampuan dan kepakaran masing-masing.
Pesuruhjaya Parti Islam Semalaysia PAS Terengganu, Yang Behormat Senator Dato’ Haji Husain Awang berkata, setiap persiapan yang dilakukan perlu mengikut perkembangan semasa.
“Saya menekankan kepada para petugas supaya menjalankan tugasan dengan keikhlasan dalam perjuangan.
“Seterusnya memang menjadi kemestian setelah berusaha kita perlu bertawakal yang sememangnya menjadi sebahagian cabang iman seseorang tetapi jangan salah mengguna tawakal,” jelasnya.


Menurutnya, mereka membantu pilihanraya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemelah bagi calon cikgu Mala atau nama sebenarnya Normala Sudirman.
Beliau menambah, pilihanraya negeri Johor ini perlu mengikut perkembangan semasa iaitu lebih cenderung kepada teknologi dan peraturan semasa kawalan virus Covid-19.
“Pedang lawan dengan pedang, tombak lawan dengan tombak begitu juga keris,” tegas beliau.




























