KUALA NERUS – Tsunami anak muda boleh mengubah pemerintahan negeri akan berlaku sekali lagi sepertimana pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang lalu.
Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, satu perubahan besar apabila anak muda memberi ‘lonjakan’ dan sokongan kepada parti Islam Semalaysia (PAS).
“Kalau ikut keistimewaan seorang calon memang susah nak cari cuma kita pakai ‘trademark’ parti untuk lawan pihak pembangkang yang kemungkinan MB,
“Persaingan sengit akan berlaku apabila calon Umno yang akan dipertandingkan nanti adalah Mantan Menteri Besar (MB) Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman,
“Tapi kita mengharapkan sesuatu kejutan yang berlaku dimana kita yakin dan percaya yg kite mampu buat perubahan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam program Minyak Motor Percuma di Shell kampung Duyung, Seberang Takir, Jumaat, 20 April.
Menurutnya, beliau berharap kepada semua rakyat di negeri Terengganu khususnya DUN seberang Takir beri peluang kepada Parti PAS untuk memerintah negeri Terengganu sekali lagi pada PRU ke-14 kali ini.
Haji Mohd Fadhil Wahab berumur 41 tahun mempunyai seorang isteri bernama Tengku Aspaniza Tengku Aziz dan menpunyai empat orang cahaya mata.
Beliau berasal daripada kampung Baru kini tinggal di Tok jembal telah dipilih oleh Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu menjadi Calon PAS di DUN Seberang Takir.
Beliau berkecimpung dalam dunia perniagaan dan merupakan seorang Pengurus Agensi Pelancongan samaada didalam negeri ataupun di luar negara.
Di dalam parti PAS beliau bergiat aktif dan beliau memegang tanggungjawab Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ahli Jawatankuasa (AJK) kawasan, Pengarah Pasti kawasan dan menjadi Ketua Pemuda PAS dalam DUN Seberang Takir
Pendidikan bemula dari Sekolah Kebangsaan Seberang Takir pada tahun 1984 hingga 1989. kemudian pada tahun 1989 hingga 1994 beliau bersekolah di Sekolah Menengah Ibrahim Fikri.
Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran ke UITM Shah Alam dalam bidang Diploma in Actuarial Science dan menamatkan pengajian beliau menamatkan pengajian dalam bidang perakaunan & Kewangan sehinggalah beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan (Kepujian) tahun 2002.










