Tragedi 13 Mei Boleh Berulang

205

KUALA TERENGGANU – Peristiwa 13 Mei 1969 akan kembali berulang sekiranya rakyat tidak diberi gambaran sebenar sejarah rusuhan kaum yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan, hilang rasa percaya dan kemusnahan harta benda.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor berkata, titik hitam dalam sejarah negara Malaysia itu menunjukkan rapuhnya perpaduan kaum, tipisnya kesabaran dan provokasi isu kaum berterusan pada ketika itu.

“Orang Cina menetap di kawasan lombong bijih dan pekan-pekan, orang India di ladang-ladang getah, manakala orang Melayu terperuk di kampung.

“Mobiliti sosial juga berbeda, kaum Cina melangkah jauh kedepan manakala kaun Melayu sebagai tuan rumah dibiarkan miskin dan kurang pendidikan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam tulisannya mengulas tregedi terbabit, semalam.

Menurutnya, PAS dan para pemimpinnya berperanan besar dalam mengekang perbalahan kaum berdarah itu.

“Peranan almarhum Ustaz Hassan Shukri dalam menghalang kemaraan pejuang-pejuang Sungai Manik ke daerah konflik, disabarkan pasukan sabil orang Melayu Perak daripada menjadikan Kuala Lumpur berkubang darah.

“Kelantan yang ditadbir oleh PAS menyaksikan tiada satu titik pun darah etnik Cina yang tumpah!.Pemimpin PAS Kelantan berjaya meredam emosi dan sentimen orang Kelantan agar tidak terprovokasi dengan apa yang melanda Kuala Lumpur,” ujar Riduan.

Justeru itu, beliau menegaskan, Islam adalah agama yang damai turut menjaga masyarakat keselamatan bukan Islam.

“Keharmonian dan keseimbangan politik dirubah semula dengan penubuhan Barisan Nasional yang menyaksikan penyertaan PAS dan banyak parti komponen yang lain,” tambah beliau.