Tokyo Alami Peningkatan Mendadak Covid-19

181

Tuan rumah sukan terbesar di dunia, Olimpik 2020, Tokyo pada hari Rabu melaporkan lonjakan harian terbesar dalam kes COVID-19.

Jumlah kes corona virus melepasi 3.000 hari ini, sumber pemerintah Jepun memberitahu Kyodo News yang berpusat di Tokyo.

Menurut laporan itu, ia adalah kali pertama ibu kota ‘Matahari Terbit’ itu, mencatat jumlah jangkitan harian yang tinggi sejak wabak coronavirus.

Kes tertinggi sepanjang temasya dicatatkan sebanyak 2.848 pada hari Selasa walaupun darurat dikuatkuasakan di Tokyo dan wilayah sekitarnya untuk membendung penyebaran jangkitan.

Peningkatan jangkitan ketara berlaku sejak hujung minggu lalu, turut merebak di kalangan pegawai dan peserta.

Sekurang-kurangnya 16 kes lagi dilaporkan di kalangan kakitangan Olimpik pada hari Rabu, tetapi tidak kepada para atlet.

“Kami ingin membuat komitmen untuk terus menjadi tuan rumah sukan yang selamat hingga akhir,” kata Masanori Takaya, jurucakap jawatankuasa penganjur, pada sidang media.

Wilayah Tokyo, Kanagawa dan Chiba menyaksikan peningkatan kes COVID-19 kerana penularan varian Delta.

Provinsi Kanagawa, Saitama dan Chiba juga mempertimbangkan untuk meminta pemerintah pusat untuk memperluas keadaan darurat di wilayah-wilayah itu akibat peningkatan jangkitan.

Pejabat perdana menteri Jepun mengatakan bahawa negara itu telah melaporkan sejumlah 875.506 kes koronavirus, termasuk 15.137 kematian, sejak wabak itu bermula pada tahun 2019.