Terengganu, Malaysia

Tingkatkan Disiplin Jaga Masa

Tingkatkan Disiplin Jaga Masa

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU -Muslimat diseru supaya meningkatkan disiplin dan menjaga masa ketika menghadiri program parti mahupun kerajaan

Ketua Muslimat PAS Terengganu, Hajah Zarani Othman menegur sikap sesetengah muslimat yang gagal menepati masa apabila menghadiri program parti.

“Tetapi sebaliknya program kerajaan, mereka boleh hadir tepat seperti yang dijadualkan, hayatilah konsep Suratul Asr” ujar beliau.

Tingkatkan Disiplin Jaga Masa
Hajah Zarani Othman

Ketua Muslimat PAS Marang itu juga, berkata demikian di Majlis Simulasi Penerangan yang diadakan di sini pada 22 November.

Sebelum itu di dalam ucapan tersebut, Zarani menyentuh gerakerja penerangan yang penuh cabaran yang mesti ditempuh oleh muslimat.

Tingkatkan Disiplin Jaga Masa
Diantara peserta – peserta yang hadir.

Antaranya, kata beliau muslimat perlu turun ke bawah, memberi kesedaran dan mengajak mereka kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan peluang yang ada sebagai kerajaan.

“Kita perlu memecahkan tembok kejahilan masyarakat untuk menambah ahli PAS untuk berjuang menegakkan Islam, ” katanya.

Ini kerana terang beliau, iman itu di letakkan selari dengan Islam dan perjuangan menegakkan amal makruf dan mencegah mungkar.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan