Tingkat Kemudahan Madinah Ramadan

2674

KUALA TERENGGANU – Para pengunjung ‘Madinah Ramadan’ menyarankan agar diadakan kemudahan lain termasuk, penjagaan anak-anak atau ‘nursery’ diadakan di kawasan program anjuran kerajaan negeri itu.

Urusetia unit sukarelawan Wan Nor Seha Ibrahim berkata, ibu bapa yang hadir memaklumkan, pusat itu akan memudahkan mereka melakukan solat terawih dengan selesa.

“Program seperti ini harus di teruskan kerana ianya memberi pededahan dan memudahkan orang ramai sebab di sini ada bazar Ramadhan dan bazar raya,

“jadi apabila mereka datang ‘shopping’ diorang boleh terawih dulu dan berbuka sekali serta mempunyai tempat untuk memudahkan solat,

“dan keluarga pun boleh santai serta berbuka di luar sambil merehatkan diri,” katanya ketika di temui pihak media di tapak program tersebut di kawasan berbumbung, Taman Syahbandar, pada Sabtu 8 Jun.

Katanya, dalam sehari lebih kurang 500 orang yang hadir sehingga mencecah 700 sehingga 800 orang pada hari minggu dan bergantung pada program yang diadakan.

“Alhamdulilah pada mulanya macam keberatan kerana kali pertama untuk kita keluar tinggalkan keluarga kerana berbuka bersama-sama dengan sahabat serta orang ramai di sini,

“bila dop (tak) mari lain macam suasana itu dan di rindui serta pada mulanya berat tapi bila tengok makin hari makin ramai keluarga datang berbuka sekali saya rasa sangat gembira,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, seorang sukarelawan Haji W Muhammad Mazlan berkata, program berbuka puasa dan berterawih yang sudah lama di tunggu-tunggu oleh masyarakat.

Katanya, hanya baru kini ia dapat di laksanakan selepas pemerintahan kerajaan bertukar selepas beberapa tahun diperintah oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Saya bangga dan teruja kerana kerajaan PAS Negeri Terengganu berjaya mengadakan program seperti ini sekitar Kuala Terengganu yang dahulunya jarang buat di bawah bumbung bekas stesen bas,

“dan berharap agar program ini di teruskan lagi pada tahun hadapan serta memperbaiki dan mengemaskini lebih baik,

“bagi menyampaikan mesej dakwah kita sebagai kerajaan Islam di Terengganu yang baru memerintah,” jelasnya.

Seorang sukarelawan muslimat, Siti Nor Sarah Aqilla Md Razali, 24, berkata, setiap petugas akan melaporkan diri dan menerima arahan daripada Ketua Ameerah Negeri, Hajah Zuraida Md Nor dan Unit Urusetia Wan Nor Seha Ibrahim.

“Saya rasa banggga sebagai anak muda kerana diberi peluang turun padang bersama-sama mengisi kemenangan kerajaan baru,

“dan rasa gembira serta ada semangat baru dalam diri,” ujarnya.

Justeru saya berharap program sebegini akan di adakan lagi dari semasa ke semasa kerana anak-anak muda dapat mengisi ruang yang ada dengan perkara yang berfaedah.

Dan katanya lagi, anak-anak muda ada peluang untuk sama-sama menyumbang tenaga dalam program sebegini.