Tindakan Tegas Dan Menyeluruh

432

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu menyeru agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas dan menyeluruh terhadap ‘dalang’ yang mengoperasikan aplikasi laman web dan aplikasi ‘sugarbook’.

Ketuanya, To Puan Hajah Zarani Othman berkata, ia kerana isu ini melibatkan pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.

“Kenyataan laman web ‘sugarbook’ yang mana telah mengistiharkan seramai 12, 705 pelajar IPT di negara ini yang terjebak dengan ‘sugarbaby’.

“Laman web (sugarbook.com) ini telah lama di buka. Kalau tak silap saya tahun 2016 dilancarkan. Antara sebabnya kerana masalah kewangan pelajar IPT dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS).

“Pada awal Januari 2021, perkara ini semakin meningkat dan dilaporkan 40 peratus pelajar di platform yang mendaftar dalam akaun laman web tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kuala Terengganu, di sini, pada semalam.

Menurutnya, dalam laporan media FreeMalaysia baru-baru ini, menyatakan bahawa Malaysia menjadi sarang kepada ‘sugardady’ dan ‘sugarbaby’ iaitu seramai 42, 500.

Kata Zarani, Malaysia mendapat tempat ketiga tertinggi di Asia selepas daripada India dan Indonesia.

“Ini suatu perkara yang sangat mendukacitakan dan benda berlaku ini sebenarnya agak malang dan mendukacitakan kita serta apatah lagi yang terlibat adalah orang-orang muda dan wanita melayu.

“Kita harap perkara ini di siasat di bawah Akta 372 Kanun Keseksaan kerana mengeploitasikan dengan tujuan pelacuran dan yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 211 Akta Komunuikasi dan Multimedia,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap agar pihak Kementerian Komunikasi Multimedia dan khususnya kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang tegas membendung kegiatan yang tidak bermoral ini.

“Kita mengharapkan Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia menyekat, memotong dan membuang laman web ‘sugarbook’ serta mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Bagi yang cenderung ke arah mengeploitasikan membawa perkara yang bertentangan dengan Islam dan boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat Malaysia,” tambah beliau lagi.