Tindak Balas Boikot Produk Perancis

1240

Tindak balas terhadap kritikan Presiden Perancis Emmanuel Macron terhadap Islam semakin meningkat.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mempersoalkan kesihatan mental rakan sejawatnya, sementara umat Islam di beberapa negara menuntut boikot terhadap produk keluaran Perancis.

Erdogan mengkritik Macron kali kedua dalam dua hari, mengatakan bahawa presiden Perancis telah “kehilangan akal”, mendorong menteri luar Perancis memanggil pulang duta besar negara itu di Ankara

Perbahasan mengenai Islam di Perancis ekoran seorang guru dipenggal setelah menunjukkan karikatur Nabi Muhammad dalam kelas ketika mengajar.

Kartun yang menghina itu sebelumnya diterbitkan oleh majalah satira yang dianggap sebagai suatu tindakan mengenai kebebasan bersuara.

Pada hari Jumaat lalu, kartun tersebut dipapar pada bangunan pemerintah di Perancis.

Awal bulan ini, Macron menggambarkan Islam sebagai agama “dalam krisis” di seluruh dunia dan berjanji untuk mengemukakan rang undang-undang pada bulan Disember untuk memperkuat undang-undang yang secara rasmi memisahkan gereja dan negara di Perancis.

Sejak hari Jumaat, media sosial di negara-negara dari barat ke timur dipenuhi kritikan terhadap Macron.

Negara-negara, termasuk UK, Kuwait, Qatar, Palestin, Mesir, Algeria, Jordan, Arab Saudi dan Turki, menyatakan bantahan terhadap Perancis.

Orang ramai mencurahkan perasaan mereka di bawah ‘hashtag’ #BoycottFrenchProducts.