Bahkan, tidak terkecuali rakyat yang miskin serta berpendapatan rendah ditimpa musibah tersebut wajar diberi bantuan tanpa mengira fahaman politik.
Harakah dimaklumkan, sejumlah 30 buah rumah penduduk di Kampung Sura terlibat dengan bencana ribut yang mengakibatkan kerosakkan atap serta rumah masing-masing.
Ustaz Satiful Bahri berkata di akhir zaman ini banyak berlaku bencana serta peringatan dari Allah SWT kepada manusia.
Menurutnya, manusia yang lalai serta menderhakai perintah Allah Ta’ala akan ditimpa bala bencana yang melibat semua orang.
“Akhir zaman ‘banyak’ (ramai) manusia lalai dengan perintah Allah SWT dan bencana yang menimpa itu merupakan bala dari Allah Ta’ala.
“Kita (umat Islam) hendaklah kembali kepada perintah Allah SWT dan minta selamat di dunia dan akhirat.
“Sebab, bala Allah Ta’ala yang melanda tidak mengira sama ada orang beriman atau tidak kerana semua kita (manusia) akan terkena bencana itu,” ujarnya kepada Harakah, pada 6 Oktober lalu.
Beliau yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka menasihatkan kepada semua mangsa bencana rebut agar bersabar.
Katanya, umat Islam disaran agar bersabar serta menerima ujian tersebut dengan rasa reda beriman kepada Allah SWT.
“Saya mewakili pimpinan PAS Terengganu berharap supaya semua mangsa kejadian rebut ini banyak bersabar, beriman dan bertaqwa kepada Allah Ta’ala.
“Jadikan, ini (kerosakkan) sebagai satu ujian Allah SWT kepada kita (orang Islam) untuk tingkatkan keimanan kepada-Nya,” ujarnya.
Sehubungan itu, PAS Cawangan Sura Tengah turut menyumbang bantuan atap serta giat mengadakan gotong-royong memperbaiki rumah-rumah penduduk terbabit.
Kejadian ribut tersebut berlaku pada 29 September lalu sekitar jam 7.30 petang disertakan dengan hujan lebat tetapi tidak berlaku kelamangan jiwa.