Timbalan Menteri Rayu Pengundi Durian Tunggal

123

Oleh: Naraza Muda11 November 2021 PRN Melaka.

  1. ALOR GAJAH | Timbalan Menteri Sains Teknologi & Inovasi, YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim merayu kepada pengundi di Dun Durian Tunggal memberi peluang kepada En. Ja’afar Othman untuk berkhidmat kepada pengundi di kawasan ini.

Dalam satu sesi Sembang Santai bersama Calon Perikatan Nasional N09 Durian Tunggal hari ini dapat dibuktikan kesungguhan Ja’afar bersedia berkhidmat jika diberi peluang pada 20hb November ini.

Aktiviti kempen kali ini pertama kalinya dilaksanakan dengan pematuhan SOP yang baharu bagi mengekang penularan Covid 19 menyebabkan penggunaan media sosial menjadi pilihan utama.

Kempen calon yang dihadkan pergerakannya memerlukan calon perlu ulang alik ke studio rakaman sehingga beberapa kali bagi mengisi program untuk memastikan rakaman atau siaran langsung mereka sampai kepada setiap pengundi.

Namun semua ini bukan halangan kepada calon dan pasukan kempen, ianya sedayanya dipenuhi oleh semua parti-parti yang bertanding.

Ianya diakui oleh Ja’afar untuk beliau penuhi jadual yang disusun, apatah lagi kawasan ini empat calon menawarkan khidmat mereka selain dari bekas Adun di sini.

Perkongsian Datuk Amzad sebagai Timbalan Menteri MOSTI bagaimana negara mengurus pandemik Covid-19, diakui oleh Ja’afar untuk diikuti dan praktikan apabila beliau diberi peluang nanti.

Dengan moto kempen Sejahtera Sihat Selamat sudah pasti ianya mencakupi hampir semua kehidupan rakyat di kawasan ini.