Tidak Pernah Berlaku Sejak 40 Tahun Lalu

1059

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/GELIGA%20NAIK%20AIR.jpgHujan lebat yang tidak berhenti-henti pada hari Jumaat lepas menyebabkan air bertakung dan meneggelamkan hampir keseluruhan kampung tersebut.

Seorang penduduk warga emas, Mat Min, 72, yang lebih dikenali sebagai Pok Mi berkata sejak beliau tinggal di situ belum pernah dilanda kejadian ‘banjir kilat’ seumpama itu.

”Sudah 40 tahun saya tinggal dikampung ini, tidak pernah air naik, tidak pernah banjir, baru ini lah terjadi begini,”katanya ketika di temui wartawan Buletinonline.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Hj Hanafiah Mat, menyifatkan banjir yang melanda kampung terbabit adalah sesuatu yang ‘serius’ yang perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, sepanjang pengetahuan beliau, kampung Geliga adalah kawasan yang agak tinggi dan tidak mudah dinaiki air.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/Picture1.jpgBeliau yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk berkata, kejadian itu berlaku mungkin kerana tanah di kawasan tersebut tidak lagi dapat menyerap air hujan.

”Selepas hujan pada gelombang pertama dan kedua musim tengkujuh, hujan sangat lebat baru-baru ini, tanah kawasan tersebut mungkin tidak menyerap air lagi, menyebabkan air bertakung,”jelasnya.

Oleh itu, beliau menggesa pihak-pihak berkenaan termasuk Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat kajian terperinci tentang kejadian itu dan mengambil tindakan perlu supaya ia tidak berulang.

”Saya mencadangkan supaya dibina longkang bawah tanah, yang tertutup namun dapat menyerap air hujan, sekiranya turun berlebihan,

”kita (kerajaan PAS) pernah membuat longkang bawah tanah dihadapan sebuah pusat beli belah ditengah-tengah Bandar Chukai, untuk mengelakkan banjir, hasilnya, banjir kilat tidak berulang,”ujar beliau yang juga bekas Ahli majlis Perbandaran Kemaman.

Beliau berkata, pihaknya sedia bekerjasama bagi menjayakan apa-apa cadangan kerajaan supaya para penduduk dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.