KUALA TERENGGANU – Tidak kurang daripada 10,000 orang telah menghadiri Rumah Terbuka Menteri Besar Negeri Terengganu YAB Dr. Shamsuri bin Mokhtar .
Setiausaha politik beliau, Haji Muhyidin Abd. Rashid berkata pelbagai lapisan masyarakat datang sejak majlis itu dimulakan pada jam 11 pagi.
“Pelbagai lapisan masyarakat telah hadir termasuk para pelancong luar negara, ujarnya ketika ditemui menyambut para tetamu di perkarangan Kediaman Seri Iman, Batu Burok, pada jam 3 petang, Jumaat 15b Jun.
Menteri Besar dalam Perutusannya Sempena 1 Syawal berkata, setelah berlakunya perubahan pentadbiran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), beliau mengharapkan negeri ini juga menjadi lebih baik dengan penambahbaikan untuk kesejahteraan kepada rakyat.
“Sempena Hari Raya Aidilfitri, gunakanlah kesempatan ini untuk kita sebarkan keharmonian dengan mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memperteguhkan ukhuwah Islamiyyah di kalangan umat Islam tanpa mengira latar belakang politik kepartian serta mengukuhkan keharmonian hubungan antara kaum,” kata beliau dalam kenyataan yang disiarkan kelmarin.