Tidak Kisah Pasal Aktiviti Kempen

87

Oleh: Naraza Muda

PRN Melaka 12 November 2021 Hari ke Enam

ALOR GAJAH | Hasil dari tinjauan rambang dibuat oleh media Kumpulan Aktivis Media Inspirasi KAMI, dapatan umum mengaku mereka masih tiada keputusan terhadap calon pilihan mereka menjelang hari pengundian 20hb November ini setelah kempen berjalan hari ke enam selepas pernamaan calon.

Salah seorang pengundi yang hanya dikenali sebagai Mohd 40an mengaku menjadi pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri N09 Durian Tunggal agak keliru, tidak kisah dan kurang faham keperluan atau kepentingan Piliharaya Negeri kali ini.

“Maaf, saya mengaku saya keliru keperluan untuk mengundi dan memilih siapa kali ini. Kenapa Dewan dibubarkan pun saya tak faham, ada empat calon bertanding, tapi saya tak tahu sangat pasal calon-calon ni” Ujar beliau ketika ditanya tentang siapa pilihannya nanti.

Pihak KAMI terus meminta komen salah seorang calon yang bertanding di N09 Durian Tunggal mewakili Perikatan Nasional Ja’afar Othman tentang isu ini ketika En Ja’afar selesai sesi sembang santai bersama YB Ariffin Deraman, Exco kerajaan Terengganu di sini.

Calon PN Ja’afar mengakui keluhan pengadu tadi memang berlaku.

“sama ada kurang menerima bermaklumat, pergaulan atau memang ada yang tidak ingin tahu tentang PRN sekarang ini. Saya akan terus menambah baik kaedah kempen agar maklumat sampai kepada pengundi yang keliru seperti pengadu”. Ujar beliau.

Beliu akan meningkatkan usaha ini melalui kempen pintu ke pintu atau pihak ketiga dan media sosial. ‘Kempen berterusan’ adalah kaedah yang team kempen beliau gunakan untuk capai sasaran dan yang penting dapat jumpa seramai mungkin pengundi sebelum hari pembuangan undi.

DUN Durian Tunggal mempunyai 13,312 pengundi berdaftar menyaksikan perlawanan empat penjuru kali ini. Perikatan Nasional telah menamakan seorang Teknokrat muda Ja’afar bin Othman dari PAS, Barisan Nasional diwakili Zahari Abd. Kalil, UMNO, Seorang calon bebas Mohd Erfan Mahrilar manakala bekas wakil rakyat sebelum ini sekali lagi dicalonkan oleh Pakatan Harapan, Datuk Sofi Abdul Wahab yang menang dengan Majoriti 763 undi dalam PRU ke-14.