

1. Apa tidaknya! Seluruh kontingen PAS Terengganu kira-kira 100 orang yang bertugas sejak hari pertama kempen pada 6hb April, telah berjaya meningkatkan 100% undi kepada PAS dan Pakatan Rakyat berbanding keputusan pilihanraya sebelum ini. Dalam pilihanraya negeri sarawak ke-9 tahun 2006, calon PKR mendapat 1,536 undi, kali ini calon PAS menokok sehingga 3,196
2. Muara Tuang adalah ‘lubuk BN’. Undi pos tentera dan lain-lain sahaja sudah berjumlah 3,734. Cengkaman calon PBB Ali Mahmud adalah juga cengkaman abangnya Taib Mahmud. Tidak kelihatan pun para petugas PBB berkempen, kerana Ali menguasai segala-galanya. sosial, ekonomi dan politik. Dari lembaga-lembaga masyarakat sehingga kepada pengankutan feri dan bas sekolah, semuanya dalam tangan Ali.



























