Tiada Pembangkang, Umno Sebagai ‘Semak Dan Imbang’

967

Oleh : Amiirullah Mansor

KUALA TERENGGANU – Tidak ada lagi pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu apabila pemimpin Umno mahu diistilahkan sebagai, menjadi elemen ‘semak dan imbang’ (check and balance) sahaja.

Menurut Timbalan Pesuruh Jaya PAS I, Ustaz Satiful Bahri Mamat, parti bekas ‘seteru’ PAS itu ingin menjadi ‘penegur’, kepada kerajaan negeri Terengganu.

“Mereka menyebut, mereka tidak mahu jadi pembangkang, mereka mahu jadi ‘Yang Berhormat’ penegur sahaja.

“Jadi di Negeri Terengganu ini telah (menjadi negeri) sifar pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dialam Ceramah Pentas Bukit Tunggal Sejahtera di Padang Bola, Bukit Tumbuh, Bukit Tunggal pada Sabtu 19 Oktober.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Tuan Guru Dato’ Haji Husain Awang, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Timbalan Pesuruh Jaya PAS III, Dr Haji Alias Razak.

Sehubungan dengan itu, katanya, tujuan pihak kerajaan menganjurkan Program Dialog Bersama Rakyat ini agar masyarakat dapat memberikan pandangan secara langsung kepada pentadbiran negeri.

“Kita tidak takut untuk lari dari rakyat kerana rakyat itu menjadikan sebagai ‘state holder’ (pemegang taruh) kepada kerajaan yang ada,

“Kita berkhidmat kepada rakyat dan mereka berhak mendapat maklumat apa yang mereka tidak berpuas hati apabila mereka melantik kita sebagai pembawa suara rakyat itu sendiri,” tegasnya.