Tiada Lagi Cas Ligas ‘Free’, kena tambang RM 1 dan RM 2

535

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/casligas.jpgRM1 akan dikenakan bagi laluan dari pusat bandar ke Chendering dan ke Taman Tamadun Islam (TTI) manakala RM2 untuk perjalanan ke Batu 6 sehingga Gong Badak.


Bas bandar kendalian anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), merupakan bas yang kontroversi.

Bentuknya yang pelik, dikatakan menarik perhatian orang ramai, namun begitu, sesetengah pihak menggelarnya sebagai ‘bas keranda’.

Sebelum ini, perkhidmatan percuma yang diberikan bukanlah disengajakan.

Kerajaan negeri terpaksa berbuat demikian, apabila ‘bentuk’nya yang pelik itu, tidak melepasi piawaian keselamatan bahagian perlesenan kenderaan perdagangan.


Pengurus Operasi Cas Ligas Sdn. Bhd., Mohd. Asri Hassan berkata, tambang itu dikenakan setelah mengambil kira dari segi keperluan untuk menampung kos operasi bas berkenaan ketika ini.

Katanya, setakat ini, perkhidmatan yang disediakan hanya membabitkan laluan ke Chendering dan TTI manakala laluan baru akan ditambah untuk perjalanan ke Gong Badak.

“Untuk laluan ke Batu 6 sehingga Gong Badak, bas akan singgah di Pulau Duyong dengan caj tambang RM1 dan jika penumpang nak ke Batu 6 atau Gong Badak, mereka perlu bayar RM1 lagi,

“Kita harap orang ramai gembira dengan perkhidmatan baru mulai 1 Januari ini, caj yang dikenakan lebih rendah berbanding bas awam lain selain dilengkapipendingin hawa dan mesin tiket berharga RM84,000 untuk enam buah bas bandar,”ujarnya sebagaimana dilaporkan Utusan Online.

 

Namun tidak pula dinyatakan, samada pihak perlesenan kenderaan perdagangan telah meluluskan sebagai pengangkutan awam atau pun sebaliknya.

Bacaa berkaitan;

Rahsia Terbongkar – Mengapa Bas Bandar Beri Khidmat Percuma