Terus Bekerja Hadapi PRN

188

Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN – Kerja – kerja pilihanraya perlu diteruskan bagi menyambung kesinambungan dari Pilihanraya Parlimen baru-baru ini.

Yang Dipertua Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kemaman, Yang Berhormat Che Alias Hamid menyeru dan bertegas agar semua petugas terus bekerja bagi menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Jentera kita jangan terlalu selesa dengan kemenangan yang dikecapi pada pilihanraya tempohari.

“Semua petugas parti perlu terus bergerak dan mengambil peluang dengan lantunan sokongan rakyat yang ada dalam memastikan kemenangan kepada PAS nanti,” ucapnya.


Beliau berucap dihadapan jentera utama seluruh DUN di Parlimen Kemaman di Majlis Liqa’ Harian PAS Kawasan Kemaman yang diadakan di Darul Iman Training Centre (DITC) pada 9 Januari lalu.

Ahli Parlimen Kemaman itu juga menegaskan supaya Bilik Gerakan terus dikemaskinikan dan penambahbaikan kepada kekurangan yang ada perlu diteliti semula dan sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihanraya.

“Kita perlu terus mendekati masyarakat dengan ilmiah terutama pengundi muda supaya menyokong PAS dan pastikan mereka memberi mandat sekali lagi untuk PAS memerintah Negeri Terengganu,” tegasnya.

Majlis tersebut diadakan sehubungan dengan jangkaan oleh Pengarah Pilihanraya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, YB Ariffin Deraman dimana PRN Terengganu akan diadakan sebelum bulan Jun 2023 selepas pembubaran DUN berlaku.