Terima Kasih Kepada Semua

212

BESUT – PAS mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu, memberikan sumbangan dan membersihkan kawasan terkesan dengan banjir besar pada minggu lalu.

Setiausaha PAS Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, sebanyak 30 buah lori dan lima buah jengkaut telah bertungkus lumus mengutip dan membuang sampah sarap sejak Khamis.

“Alhamdulillah dan jazakallah kepada semua termasuk pihak Majlis Daerah Besut (MDB) yang bekerja bagi memastikan kebersihan,

Ahli Parlimen Besut Datuk Abe Zul menyampaikan sumbangan kepada penduduk

“sisa banjir, kayu dan alatan rumah yang rosak telah dibuang begitu banyak, menyebabkan keadaan tidak selesa sekiranya tidak dikutip dan dibuang di tempat pelupusan dengan segera,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli MDB berkata demikian ketika ditemui, memantau kerja-kerja berkenaan, semalam.

Cikgu Solah yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut mengalu-alukan rombongan daripada negeri-negeri lain yang sudi membantu.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang menyumbang tenaga, wang ringgit dan barangan makanan serta keperluan bagi mencuci rumah,” tambah beliau.