Bagi pihak Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, saya merakamkan rasa syukur atas kejayaan misi KAMI ke Daerah Pidie Jaya, Acheh dari 13-15 Disember 2016.
Misi itu disertai oleh Timbalan Pengerusi KAMI Sazali Mohd Noor, Bendahari Nazmi Ghazali serta dua AJK KAMI Ahmad Faizol Mohd Yusof dan Zam Zam Zakaria.
Tugasan untuk menghadirkan liputan pemberitaan secara terus dari lokasi gempa bumi yang mengorbankan lebih 100 mangsa yang dilakukan oleh KAMI.
Beserta dengan sedikit sumbangan kepada mangsa gempa adalah antara siri misi diperingkat antarabangsa yang dijayakan KAMI sebaik sahaja mendapat berita tentang tragedi yang berlaku.
Kelemahan ketara kita dalam media Islam ialah lambat bertindak dan rasa memadai dengan mencedok sumber berita dari agensi barat.
Lantaran itulah, walaupun gempa bumi berlaku di bumi ummat Islam Acheh, sumber beritanya tetap dari AP, AFP, Reuters dan Agensi. Ini sangat menyedihkan. KAMI Terengganu mengambil sudut peranan untuk menutup lompang ini.
Dr Azman Ibrahim
Pengerusi KAMI
https://youtu.be/EXeXCJbZzbU
https://youtu.be/JOO0oyDt5PQ












