Terik Ning PAS Pulok Ah….

2606

Oleh : DMS

PAS Batu Rakit bersedia mengambil alih kerusi Dewan Undangan Negeri daripada UMNO pada pliihanraya yang semakin hampir seterusnya menyumbang kepada kemenangan PAS di Negeri ini.

Dengan gerak kerja menyelami permasaalahan masyarakat setempat secara berkala sebelum ini telah di tingkatkan lagi dengan program Ops HARAP yang sedang di jayakan hampir setiap hari.

Program menyantuni masyarakat setempat ini adalah untuk mengenalpasti masaalah yang di hadapi oleh mereka kesan dari kos sara hidup yang kian mencengkam, di samping menjalin persaudaraan yang rapat dan menyampaikan maklumat isu terkini yang ada di dalam negeri, nasional dan setempat.

“Alhamdulillah,petugas bertambah semangat dan berjaya melaksakan tugas dengan dengan jayanya.

Berdasarkan respon sasaran yang kita tetapkan semuanya positif terhadap mesej yang kita cuba sampaikan, lok kono punoh,” ujar Ustaz Khairul Nizam Rozali, Setiausaha Kerja PAS DUN Batu Rakit setelah selesai segmen ‘Hit and Run’ di tapak pasar malam Kampung Mengabang Lekor lewat petang tadi.

Ziarah, bacaan yassin,sembang santai,edaran risalah telah menjadi tulang belakang kepada petugas dalam menyakinkan masyarakat bahawa “Terik Ning PAS Pulok” yang sedang hangat di perkatakan oleh pelbagai golongan di Batu Rakit.

Menurutnya lagi pengundi rata-rata sudah bersedia berubah kepada PAS hasil daripada program yang di lakukan selama ini dan sudah tidak takut lagi dengan ugutan yang sering menghantui mereka selama ini.

“Insya Allah ada reaksi dan keyakinan untuk berlaku perubahan pada PRU ke 14 nanti.

“Kita (PAS) yakin jika berlawan di padang yang rata sejarah tahun 99 bakal berlaku di Batu Rakit.” tegasnya setelah mengakhiri Ops HARAP yang kali pertama di adakan.