Teresa persoalkan tentang mandi junub Hisyamuddin?

807

Kenapa yang Datuk Hisyamuddin marah sangat apabila mengulas tentang isu YB Serdang tu sehingga mengungkitkan tentang beliau berhadas? “Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda”. Kata Hisyamuddin. Teresa Kok pulak membidas Hisyamuddin dengan katanya : “Hishammuddin patut cermin diri, semak sama ada beliau sendiri bersih sebelum menghukum orang lain.”. Hihihi.. adakah Teresa pulak persoalkan tentang mandi junub Hisyamuddin?

Hisyamuddin pun satu hal. Selesaikan masalah dalam kain UMNO Terengganu dulu. Mana dia tahu YB tu datang haid? Sampai begitu sekali dia perati dalam kain orang? Ish2. Kesihan Hisyamuddin. Kenapa mufti tak beri fatwa menyokong puak-puak UMNO ni dalam isu non muslim ke masjid ni?

PUTRAJAYA 30 Ogos – Umat Islam perlu tahu membezakan konteks lawatan ke masjid atau surau berbanding mempergunakan masjid bagi tujuan politik dalam keadaan tidak beradab, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau yang terkilan dengan perkembangan politik di Selangor baru-baru ini, berkata, dalam kejadian itu, mereka yang memberi sumbangan datang daripada latar belakang parti sosialis yang selama ini semua maklum dan sedar tujuannya mahu membeli “jiwa” umat Islam supaya menyokong perjuangan dan pemerintahan mereka.
“Langkah ini tidak akan menjadi begitu menghiris jiwa orang Melayu jika majlis itu diadakan di pekarangan surau atau masjid berkenaan. “Jika kariah masjid atau surau itu beria-ria sangat hendak terima sumbangan daripada pihak sosialis, kenapa perlu langgar titah sultan. Mereka yang hendak memberi sumbangan tidak perlu pun hadir hingga ke ruang solat untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas laporan yang dipetik dari laman blog Selangordaily bahawa Ahli Parlimen Selayang, William Leong dibenarkan masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa, Selayang Baru untuk memberi bantuan.
Nampaknya gambar-gambar yang saya posting sebelum ini berkait tentang bukan Islam diseluruh dunia yang mengunjungi masjid mendapat komen yang tidak sedikit. Banyaknya macam penyokong UMNO sakit hati melihat gambar-gambar tersebut. Seolah-olah mereka tidak boleh terima bagaimana orang bukan Islam didekatkan dengan pusat kepada agama Islam. Realiti dan hukum yang bercanggah dengan kenyataan jahil pemimpin mereka. Puak-puak sekular ini memang berpegang kepada memisahkan agama dari kehidupan. Amat janggal kalau agama di sekalikan dengan agama. Sedangkan perjuangan PAS untuk menyatukan keduanya. Antara agama dengan kehidupan, politik, ekonomi, pentadbiran, sosial dan lain-lain. Sabarlah wahai ahli UMNO. Sedikit demi sedikit nanti anda akan faham erti Islam yang syumul. Berdoalah agar mendapat hidayah khususnya sempena bulan Ramadhan

YB ADUN daripada BN yang bukan Islam di Sarawak takpe pulak?

Apa beza fahaman UMNO yang nationalis dengan DAP yang sosialis. Kalau nak kata Sosialis itu ideology kafir. Sama sahaja dengan nationalis melayu. Perjuangan kebangsaan berasaskan bangsa melayu yang dipegang lebih 50 tahun oleh UMNO. Nak kata derhaka sultan Selangor kerana PR memerintah Selangor. Ini gambar di masjid Terengganu ni macamana? Derhaka Sultan Terengganu ke?

L-R: WanPeng, LanK, Bab, Shahar, Arbans & Khalil inside the Masjid Terengganu
Kalau nak kata sumbangan kerana kepentingan politik? Apa kurangnya UMNO. Lihat gambar-gambar ni.

dalam masjid.. tutuplah jambul isteri tu MB Johor!

Logo UMNO-BN tak haram ke bawak dalam masjid? Takde kepentingan politik ke YB?

Kalau nak kata kehadiran itu tidak berakhlak? Nie Ching berbuka di kalangan muslimat. Bagaimana pemimpin UMNO ini?

Datuk Azalina di dah le berbuka pose dengan kedudukan tak sekular (memisahkan lelaki dan wanita) tak pakai tudung lagi. Ada adab ke?
Apa hal pun. Selain daripada Islam semuanya dianggap sebagai millah yang satu. Ditolak oleh Allah Swt dan Rasulnya. Yang selamat adalah Islam. Masalah apa yang ada dalam niat mereka itu terserahlah kepada Allah Swt. tetapi betapa ramai orang yang kuat menentang Rasulullah Saw zahir dan batinnya tetapi akhirnya ditukarkan hati mereka jinak kepada Islam seperti Umar al-Khattab. Dan kekadang Islam itu berkembang melalui tangan musuh-musuh Allah Swt. Ketika buruknya pandangan terhadap Islam ketika selepas peristiwa tumbangnya WTC di Amerika pada 11 sept tetapi kemasukan kepada agama Islam melonjak kepada 200%. Betapa perancangan musuh memomok seolah Islam mendiskriminasikan wanita tetapi 4/5 yang memeluk Islam adalah wanita.
Mungkin juga UMNO berjaya mengelabui sebahagian mereka yang jahil untuk membenci PR. Dan menarik undi melayu tegar kepada UMNO-BN. Tapi itu makar mereka. Belum tahu makar Allah SWT. KepadaNya lah kita bertawakkal.

Baca dari Sumber