Terengganu, Malaysia
Pendapat

Tatkala Rakyat Membantah Pencerobohan Al-Aqsa, Najib Tayang Hubungan Akrab Dengan Amerika

Tatkala Rakyat Membantah Pencerobohan Al-Aqsa, Najib Tayang Hubungan Akrab Dengan Amerika

Hari ini dipelbagai lokasi rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam bersolidariti menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin yang berdepan ancaman ke tahap yang baru, percubaan merampas sepenuhnya Masjid Al Aqsa di Tebing Barat oleh regim Zionist Israel.

Perhimpunan terbesar anjuran PAS berlangsung sebaik selesai solat jumaat berhampiran Masjid Jamek Kuala Lumpur.

IMG-20151002-WA0063Di Kuala Terengganu juga berlangsung termasuk di Masjid Jamek Pengadang Baru.

Rakyat diminta berwaspada dengan agenda zionis dan proksi mereka seperti Amerika Syarikat yang mendatangkan musibah ke seluruh dunia.

Kekacauan, perang dan keganasan berlarutan di negara negara Islam di Asia Barat didalangi Amerika.
Kejatuhan harga minyak dunia yang merudum sehingga menekan negara negara pengeluar minyak yang banyak terdiri dari negara Islam bertujuan menyerang ekonomi negara Islam.

Kejatuhan matawang ringgit diambil kesempatan penjajahan sedikit demi sedikit dengan kemasukan warga asing membeli hartanah hartanah dalam negara yang kini lebih murah harganya ekoran nilai tukaran wang ringgit yang sangat rendah.

IMG_20151002_190017Penyelewengan, salahlaku oleh pemimpin pemimpin tertinggi negara termasuk kegiatan bermewah berbelanja besar membeli hartanah luar negara menggunakan wang yang begitu banyak menjadi umpan pengumpulan bukti oleh agensi risikan Amerika seperti FBI yg sudah beberapa kali dilaporkan di media arus perdana mereka menyiasat salah laku perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini belum lagi urusan derma akaun peribadi sebanyak RM2.6billion, isu pembelian hartanah oleh MARA di Melbourne, Australia, 1MDB, Tabung Haji dan lain lain lagi.
Pemimpin negara dikhuatiri ditekan, diugut dan dirasuah dengan manfaat manfaat tertentu bagi tujuan memaksa Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan bebas TPPA yang bakal membahayakan kemerdekaan negara Malaysia.

Semua ini ada permainannya oleh Amerika Syarikat, proksi zionist Israel yang utama di dunia.

IMG_20151002_190049Sedang umat Islam mengecam Israel dan proksinya, kita dikejutkan dengan gambar lama Datin Seri Rosmah Mansor, dicium ala barat oleh Barack Obama Presiden Amerika Syarikat dengan diperhatikan oleh suaminya Datuk Seri Najib di East Asia Summit 2014 di Myanmar.

Walau jarak masa yang jauh ia membayangkan hubungan intim DS Najib dengan Amerika yang member isyarat jelas kenapa Menteri Kabinet Malaysia begitu bersungguh cuba meyakinkan rakyat agar tidak bimbang dengan Amerika Syarikat.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
2hb. Oktober 2015

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan