Tanpa ‘Murabbi’ Umat Tidak Mengenal Tuhan

169

KUALA TERENGGANU – Ulama membezakan antara pengertian guru dan murabbi berdasarkan kepada ajaran Islam, tanpa murabbi umat tidak akan mengenal tuhannya.

Menurut Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu Ustaz Ismail Osman, pada amalan biasa, guru bertindak menyampaikan dan memindahkan ilmu, tetapi murabbi lebih daripada itu.

“Murabbi diambil daripada tugas ar-Rasul, mendidik dan mengasuh anak didiknya supaya melaksanakan isi kandungan al-Quran, buang yang tidak elok, ambil yang terbaik,

“ia bukan kerja mudah dan ia satu kerja berat yang sudah pasti untuk mencapai visi dan misi Tarbiyah Nizamiyah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Najlis Sambutan Hari Guru Dar Negeri Terengganu di Taman Tamadun Islam pada Sabtu, 18 Jun.

Oleh itu, beliau menyeru kepada semua para guru dan petugas, menambah kualiti agar mencapai tahap murabbi dengan meningkatkan sifat ikhlas dan takwa dalam mendidik.

“ikhlas paling bahaya, kalau tak ada ikhlas semua amalan kita akan binasa dan dengan takwa kepada Allah, pastinya kita akan membuat yang terbaik, kerana Allah sentiasa melihat kita,

“ikhlas kita kena tinggikan, takwa kita ke ‘upgrade’ kan dan ilmu perlu ditambah dan sentiasa muhasabah diri kita,” tegasnya.