Tanpa Mereka, Mana Mungkin Kita Berdiri Teguh

218

Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN – PAS Kawasan ini tidak mungkin dapat berdiri seteguh adanya sekarang tanpa perjuangan dan pengorbanan As-Sabiqun.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid berkata, walaupun sibuk dengan tugasan sebagai kerajaan, orang lama parti perlu juga diziarahi bagi mengenang jasa mereka.

“Jika tidak kerana mereka, mana mungkin parti PAS di Kemaman mendapat tempat didalam masyarakat dan berdiri teguh sekarang.

“Jasa mereka yang terdahulu perlu dikenang dan dijadikan panduan dan iktibar untuk generasi baru,” katanya.

Beliau yang juga sebagai Ahli Parlimen Kemaman berkata demikian ketika dihubungi semalam, mengulas program ziarah PAS Kemaman ke semua DUN, menyantuni ‘orang lama parti’.

Menurutnya, beliau sangat teruja dapat bertemu dengan yang dianggap sebagai veteran parti ketika berkunjung ke DUN Kijal pada 12 April lalu.

“Selain bertemu mata, dapat juga bertanya khabar tentang perihal diri dan keluarga mereka,” ujarnya.