Tangkis Semua Serangan Musuh

329

SETIU – Ahli dan penyokong PAS diminta untuk menjawab dan menerangkan semua persoalan berkait isu yang melanda dan menangkis semua serangan daripada musuh.

Bendahari PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, fitnah yang dilempar, boleh menyebabkan kerosakan dan kemusnahan.

“fitnah-fitnah yang mengelirukan, mula-mula keliru akhirnya melahirkan pembohongan mencetuskan kejahatan khabar-khabar angin, propaganda dan adu domba,

“semua akan tersebar menyebabkan perpecahan, perbalahan pembunuhan dan peperangan yang akan berlaku pada akhir zaman,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap, merasmikan program Permukiman Media Baharu disebuah resort, di sini pada hari ini.

Katanya, para petugas dakwah dan siasah kini menghadapi satu zaman yang penuh dengan kepayahan dan kesusahan, menghadapi krisis yang kritis.

“satu zaman yang dikatakan sebagai zaman ‘langit terbuka’ dan manusia tidak lagi melihat keatas, melihat kepada tuhan, lupa kepada Allah,” jelasnya.

Justeru menurutnya, tugas kita adalah untuk mencipta kandungan, pengisian dalam media baharu, untuk mempertahankan kemenangan PAS di negeri ini pada pilihan raya akan datang.

“semua perlu bergabung untuk membina imej pemimpin untuk menggambarkan kehebatan PAS dan kerajaan Terengganu,

“model kerja media baharu menghadapi pilihan raya akan datang adalah pilihan raya umum negeri Melaka baru-baru ini,” tegas beliau.