Tanamkan Semangat Untuk Berubah, Lakukan Inovasi

2005

KUALA NERUS – Para penjawat awam Terengganu disaran menanamkan semangat untuk berubah dan melakukan inovasi dalam melaksanakan kerja seharian.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ A. Rahman Yahya berkata, sekiranya para petugas sektor awam meletakkan pergantungan kepada Allah, setiap kerja akan dapat diselesaikan dengan mudah.

“tanamlah semangat apabila bangun pagi……kerana Allah (lillahi ta’ala) dan selepas solat subuh pergi kerja kerana Allah, bukan kerana gaji,

“gaji tu sampingan…..jika semuanya dilakukan kerana Allah, In shaa Allah ia akan dibalas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Dan Jazamu Dikenang , Yayasan Terengganu (YT) 2018, di Dewan Konvensyen Duyong Marina Resort, pada Ahad 5 Ogos.

Sehubungan itu, Pengarah YT Tuan Haji Ishamudin Hashim menyeru seluruh warga kerjanya menjadikan prinsip Islam sebagai asas dalam pentadbiran.

Beliau mahu pengurusan YT mengamalkan ekonomi yang bebas riba, menjauhi rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

“ia adalah sebagaimana yang terkandung di dalam Dasar Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030),

“Dalam era hari ini, setiap jabatan juga perlu memanfaatkan penggunaan teknologi, penggunaan perkhidmatan atas talian (dan) penyampaian maklumat secara menyeluruh,” jelasnya.

Seramai 28 orang kakitangan YT menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Manakala 21 orang menerima Anugerah Kecemerlangan Imtiaz dengan hadiah RM500.00 setiap satu, 18 menerima Anugerah Jasamu Dikenang (Pesara)  diberi saguhati sebanyak RM400.00.

Selain itu, empat orang menerima Insentif Lama Berkhidmat dengan hadiah wang tunai RM1,000.00 dan lima buah sekolah iaitu, Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Kemaman, Kuala Berang, Kuala Terengganu dan Imtiaz Dungun.