DUNGUN – Tanah yang diberikan kepada Umno digadai kepada bukan Melayu, sebaliknya tanah yang diberi kepada rakyat untuk mendirikan sekolah agama dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan Terengganu Umno-BN dibawah pimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh telah tergamak merampas tanah yang telah diluluskan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ianya diluluskan di zaman pemerintahan PAS dahulu dibawah Program Sekolah Rendan Islam Bersepadu, anjuran kerajaan negeri Terengganu kepada pihak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB).
Namun malangnya kata beliau, apabila berkuasa kembali pada tahun 2004, kerajaan Umno membatalkan program Sekolah Rendah Islam Bersepadu dan mengambil sebahagian tanah itu.


“Antaranya (mereka yang rampas ialah) Ketua Umno Cawangan, Ketua Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Setiausaha JKKK,
“Sebahagian tanah di depan (sekolah) ini, lebih kurang satu ekar sudah diambil dari pihak sekolah,” jelas beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di kawasan tanah seluas lima lot tersebut hadapan SRIDB, Paka, pada Rabu 17 Januari.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, tanah hak rakyat itu telah diberikan sebagai tapak rumah bagi kediaman pemimpin Umno terbabit.
“Sedangkan sekolah ini masih memerlukan pembangunan untuk dikembangkan sebagai memenuhi keperluan masyarakat setempat,” ujarnya.


Selain itu, tapak SRIDB yang telah mengecil, memberi kesulitan kepada ibu bapa sewaktu menghantar dan mengambil pelajar yan kini, mencecah 600 orang.
Justeru beliau berharap, agar rakyat membuat perubahan dan mengembalikan pemerintahan kerajaan PAS ke Wisma Darul Iman.
“(sekiranya PAS menag) kita akan ambil balik untuk pendidikan Islam rakyat dan untuk generasi kita akan datang,
“Jadi kalau tidak, ini akan menimbulkan banyak permasalahan bagi pembangunan dan perkembangan sekolah ni,” tegasnya.





























