Tanah Generasi Kedua FELDA ‘Modal Kuno’ UMNO

73

BESUT – Generasi kedua FELDA di Besut kecewa dengan janji manis calon daripada UMNO apabila menggunakan isu pemberian tanah kepada generasi kedua.

Salah seorang anak muda di Felda Tenang, Hulu Besut yang mahu dikenali sebagai Mamat berkata, sudah masuk kali keempat Pilihanraya Umum (PRU) pihak Barisan Nasional (BN) membawa modal politik kepada mereka.

“Hari ini bukan lagi seperti tahun-tahun yang lalu, penduduk FELDA kini sudah celik dan sedar dengan permainan politik UMNO.

“Mereka (BN) boleh perdaya penduduk warga emas yang tidak terdedah dengan internet, tapi kami anak muda bahkan kebanyakan golongan peneroka sendiri terima maklumat dari internet.

“Melihat kepada kehadiran dan penyertaan penduduk terutamanya anak muda ke pos PAS cawangan Felda Tenang, insya-Allah kita beri sokongan kepada calon PAS Besut,” katanya
Ketika ditemui di Markaz PAS Felda Tenang, di sini semalam.

Dia turut berkata, gelombang tolak BN kerana kes rasuah pimpinan utama membuatkan penduduk FELDA Tenang tidak lagi menyokong BN.

Calon BN bagi parlimen Besut, Datuk Nawi Mohamad menghadapi laluan sukar apabila gelombang tolak BN oleh rakyat termasuklah daripada akar umbi mereka sendiri semakin kuat.