

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.
Tambahan :-
1. Peneroka-Peneroka yang menjadi Plaintif-Plaintif di dalam kes ini adalah bekas perajurit negara.Mereka menyaman Felda hanya untuk menuntut hak mereka yang bagi mereka telah dinafikan oleh Felda.
2. Ladang mereka adalah seluas lebih kurang 14 ekar.
3. Berdasarkan keputusan Mahkamah tersebut mereka sepatutnya layak menerima, bagi setiap orang, lebih kurang RM 23,800-00 dari wang tabung tanam semula yang dipegang oleh Felda.
4. Bagi mereka keputusan Y.A Hakim Dato’Mariana tersebut menunjukkan bahawa Mahkamah mengiktiraf hak mereka. Dari reaksi mereka , saya dapati pengiktirafan tersebut lebih bermakna dari wang RM 23,800-00 tersebut.
5. Salah seorang peneroka yang terlibat di dalam kes ini adalah seorang yang berbangsa Cina iaitu saudara Pang Kong Meng.
6. Suatu perkara yang agak lucu semasa peguam Felda menyoal balas Encik Pang Kong Meng, beliau menjawab lebih kurang berikut ” I dont understand your question, can you ask me in english.” Saya nampak mereka yang berada di Mahkamah agak terkejut kerana saksi ini , meskipun seorang peneroka namun fasih berbahasa Inggeris.
7. Anakguam-anakguam yang saya wakili adalah peneroka yang sudah tua dan ada dari mereka yang sudah tidak jelas pendengaran dan ada juga yang terpaksa dipapah untuk memberikan keterangan di Mahkamah. Yang lebih menyedihkan anakguam saya yang perlu dipapah ini ketika hendak turun tangga ( Mahkamah di tingkat 2 ) ia perlu turun secara “reverse” ( gostan ) dan perlu dipapah oleh isteri yang setia menemani suami memperjuangkan hak mereka.
8. Untuk makluman juga sebelum ini Y.A Hakim Dato’ Mariana Yahya juga adalah Hakim yang membuat keputusan memenangkan Dr Hatta Ramly dan 2 pemimpin Pas yang lain di atas saman yang dikemukakan oleh mereka ke atas mantan OCPD Rompin yang menangkap dan menahan mereka dalam satu aktiviti ceramah PAS di Markaz PAS di Rompin.
9. Dato Mariana telah memutusakan bahawa OCPD telah menyalahgunakan kuasa apabila menangkap Dr Hatta dan 2 yang lain dan beliau telah memerintahkan OCPD Rompin membayar gantirugi am, gantirugi tauladan dan gantirugi melampau serta kos Mahkamah kepada Dr Hatta dan 2 yang lain. Kes tersebut kini sedang dalam proses taksiran gantirugi di hadapan Timbalan Pendaftar.
Moga kemenangan kecil ini insya’Allah membawa makna yang besar kepada perjuangan para peneroka yang tahu apa itu erti harga diri dan kehormatan dan terus sabar dan istiqamah mengharungi liku-liku perjuangan.



























