HULU TERENGGANU – Taman Pertanian Sekayu yang pernah menjadi tumpuan untuk tujuan riadah dan rekreasi, kini suram umpama ‘hidup segan, mati tak mahu’.
Keadaan semak samun dan sebahagian bangunan rosak dalam kawasan taman milik kerajaan negeri itu, tidak mampu menjadi tarikan kepada pengunjung, walaupun pada tempoh ‘Tahun Melawat Terengganu’.
‘Taman Tema Air’ yang tidak diuruskan dengan baik, gagal menggamit para pelancong dan hanya menjadi kawasan ‘berendam’ serta mandi manda, penduduk berhampiran sahaja.


Mantan Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian, Haji Mohd Said berkata, banyak infrstruktur pertanian terbiar dan tidak diselenggarakan kerana kerajaan tidak mempunyai kewangan.
“Saya difahamkan kerajaan tak ada duit…….nak beli racun dan tak ada duit nak beli baja tak ada duit,


Menurutnya, ‘Sekayu’ pernah menjadi popular dengan menawarkan kawasan percutian dan perkelahan sambil mempelajari aspek-aspek pertanian, perikanan dan ternakan.
Katanya, oleh kerana masalah kekangan kewangan kerajaan negeri untuk sektor tersebut, menyebabkan produktiviti menurun dan hasil merosot.


“tak ada…….tak cukup, kalau seorang pencen tak ada pengganti…….macam projek (pertanian) Hulu Paka seluan 230 ekar hanya seorang pegawai yang jaga,” jelas.
Justeru itu, beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengeluar Sayur Dan Buah-buahan negeri mencadangkan, agar ia pengurusan Taman itu dan beberapa kawasan yang berdaya maju, diserahkan kepada pihak swasta atau NGO.


“Macam tanaman kelapa (yang terbiar) sebaik-baiknya serah kepada satu pengusaha ambil alih mungkin dalam masa enam bulan tak ada hasil mana, (tapi) lepas pada itu (ia) mula keluar hasil balik,” tegas beliau.





























