Taliban Tidak Pernah Kalah?

439

Pegawai pemerintah Taliban dan Afghanistan sedang berunding untuk peralihan kuasa secara aman setelah pejuang mengepung ibu kota Kabul.

Pasukan Taliban mengepung tampuk kekuasaan Afghanistan pada hari Ahad tetapi berjanji tidak akan menyerang ketika rundingan penyerahan kuasa sedang berlangsung

Kumpulan itu mengatakan telah mengarahkan para pejuangnya untuk menahan diri dari keganasan dan menawarkan jalan selamat kepada sesiapa yang ingin meninggalkan Kabul.

“Sehingga selesainya proses peralihan, tanggungjawab untuk keamanan Kabul ada di pihak lain (pemerintah Afghanistan),” kata seorang jurucakap kumpulan itu dalam tweet.

Pemerintah Afghanistan segera setelah memberi isyarat bahawa ada rundingan sedang berlangsung untuk mengelakkan pertumpahan darah di Kabul dan untuk beralih kuasa


Gerakan Agresif

Sepuluh hari lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan, Taliban mendakwa sudah menguasai 85 peratus kawasan Afghanistan selepas merampas sempadan utama dengan Iran dan Turkmenistan.

Ia sebahagian daripada serangan menyeluruh yang dilancarkan ketika tentera Amerika Syarikat (AS) berundur dari negara yang dilanda perang itu.

Hanya selepas beberapa jam selepas Presiden Joe Biden mengeluarkan kenyataan, mempertahankan penarikan tentera AS itu, Taliban berkata, pejuangnya merampas dua sempadan di barat Afghanistan, melengkapkan lengkuk wilayah dari sempadan Iran hingga ke perbatasan dengan China.

Presiden AS, Joe Biden, mengaku tidak menyesal telah menarik pasukan Amerika dan sekutu dari Afghanistan.

Biden mendesak para pemimpin Afghanistan untuk bersatu demi memperjuangkan negara mereka sendiri.

Dilapor BBC beberapa hari lalu, Taliban semakin melebarkan kekuasaannya setelah pasukan asing resmi keluar dari Afghanistan.

Tentera AS dan sekutu akhirnya angkat kaki setelah 20 tahun melakukan operasi militer di negara ini.

Biden pada Selasa 10 Ogos mengatakan sebaliknya AS melanjutkan komitmennya untuk membantu Afghanistan.

Diantaranya memberikan dukungan serangan udara jarak dekat, membayar gaji tentera, dan memberikan bantuan logistik serta alat untuk pasukan Afghanistan.

Namun menurutnya, saat ini, Afghanistan harus berjuang sendiri.

“Mereka harus berjuang untuk diri mereka sendiri,” kata Biden.

Dalam pada itu, seorang pegawai AS, lapor Washington Post, mengatakan ibu kota Afghan, Kabul, berpotensi dikuasai Taliban dalam waktu 90 hari, menurut penilaian keselamatan.


Kemenangan Sudah Diramal

Hampir semua akhbar dunia melaprkan, pasukan perisikan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran Taliban akan menguasai ibu negara Afghanistan, Kabul dalam tempoh 90 hari lagi.

Perang saudara antara Taliban dan tentera kerajaan bergolak selepas pengunduran tentera AS dari negara itu, baru-baru ini.

Taliban sudah menguasai sembilan dari 34 wilayah negara itu dan hanya menunggu masa untuk menawan Kabul.

Pegawai AS yang enggan dikenali berkata, keadaan semasa yang berlaku sekarang adalah salah dan sangat membimbangkan.

Biden sebelum ini menjelaskan AS sudah melabur trilion dolar selama 20 tahun sejak menguasai negara itu, namun tidak menang menghadapi Taliban.

“Kita sudah melatih dan menyediakan kelengkapan moden kepada 300,000 tentera Afghanistan. Oleh itu, pemimpin mereka perlu bekerjasama kerana kita sudah kehilangan ribuan anggota tentera sama ada mati atau cedera,” jelasnya.

Jun lalu, beberapa media AS mendedahkan perisikan negara itu memberi amaran ibu kota Afghanistan bakal lumpuh di tangan Taliban dalam tempoh enam bulan.

Namun begitu dilaporkan, kotak-kotak peluru di pos-pos tentera di wilayah Laghman kosong, makanan pun tiada, sementara sejumlah petugas polisi belum digaji selama lima bulan.

Saat pasukan AS mulai meninggalkan Afghanistan pada bulan Mei lalu, Taliban telah pun mengepung tujuh pos askar sepanjang ladang gandum dan bawang di perdesaan sebelah timur Afghanistan.

Taliban meminta tokoh setempat untuk mengunjungi pos-pos itu dengan satu pesan, “menyerah atau mati”.

Para ketua kampung mengatakan, setelah berbincang panjang pertengahan bulan Mei, pasukan keamanan Afghanistan menyerahkan tujuh pos tersebut.

Sekurang-kurangnya, 120 tentera dan polis selamat dan diizinkan pulang ke provinsi yang dikuasai pemerintah, tapi sebagai gantinya mereka harus menyerahkan senjata dan kelengkapan mereka.

“Kami beritahu mereka, ‘begini, situasi kamu begitu buruk, bala bantuan tidak datang,” kata Nabi Sarwar Khadim salah satu tokoh desa mengikuti perundingan menurut akhbar Irish Times.


Kuasa Perundingan

Pejabat pemerintah dan tokoh-tokoh kampung mengatakan sejak 1 Mei lalu, sudah 26 pos dan pangkalan tentera Afghanistan di wilayah Laghman, Baghlan, Wardak dan Ghazni diserahkan kepada Taliban..

Taliban memanfaatkan kemenangan yang dicapai dengan membuat pasukan Afghanistan menyerah sebagai propaganda, sehingga pasukan di kampung lain pun turut menyerahkan pos mereka.

Taliban juga merundingkan agar empat lokasi utama yang menempatkan gabenor, ketua polis dan ‘intelijen lokal’ untuk diserahkan, sehingga membolehkan Taliban mengendalikan pemerintahan di sana.

Sebelumnya Taliban pernah berunding dengan pasukan Afghanistan agar mereka menyerah, namun skala dan kecepatan jatuhnya pos-pos dan pangkalan pasukan Afghanistan tidak pernah berlaku, sebesar dan secepat bulan ini.

Taktik ini menyingkirkan ribuan pasukan pemerintah dari medan perang, mengamankan wilayah strategik dan mendapatkan peluru, senjata serta kenderaan, tanpa perlu menembak satu peluru pun.

Jatuhnya pos askar ke tangan Taliban menjadi salah satu ukuran lemahnya usaha pemerintah Afghanistan di medan perang, mendorong pasukan pemerintah menyerah kalah.

Strategi Taliban untuk merebut dan menguasai wilayah, termasuk ‘menyuap tentera dan polis setempat.

Gencatan senjata lokal membuat Taliban dapat mengkonsolidasikan kekuatan

Taliban Hidup Dalam Masyarakat

Pengalaman keluar dari Kabul ke pedalaman Afghan pada misi bantuan gempa bumi tahun 2015 lalu, memberi gambaran, Taliban tidak pernah kalah.

Tentera Afghan disokong AS hanya menguasai bandar-bandar utama sementara di kampung-kampung, mereka tinggal dan hidup bersama masyarakat.

Sepanjang perjalanan keluar ibu kota, melalui jalan-jalan lereng bukit di pinggir sungai, suasana bertukar hening, tiada kelibat pasukan askar samada tempatan atau asing.

Namun kami merasa, setiap gerak geri diikuti dan diperhatikan pihak tertentu.

Sewaktu memberi khidmat rawatan di sebuah kampung, pasukan kami didatangi seseorang dan berkata, “teruskan usaha baik membantu masyarakat,”

“pihak kami menyokong,” kata beliau dan kemudian menghilangkan diri