Tak Perlu Campur Hal Umno

147

KUALA TERENGGANU – Biarlah pemimpin parti Umno menyelesaikan masalahnya sendiri, tanpa perlu campurtangan mana-mana pihak lain.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, parti Islam itusedang berusaha menyatukan umat Melayu dan orang Islam, yang menjadi teras kepada negara ini.

“Dalam perjalanan ke Besut, terfikir untuk menjawab beberapa pertanyaan sahabat tentang PAU Bahagian dan perletakan jawatan pimpinan UMNO daripada GLC,

” Umno milik UMNO. Terserah kepada pimpinan UMNO untuk menentukan hala tuju parti mereka. Kita tidak perlu campurtangan hal urusan Umno,

” Kita hanya sedang bergerak untuk menyatukan melayu Islam. Terserah kepada mana-mana parti untuk memperkukuhkan penyatuan ini atau bergembira melihat perpecahan, demi perpecahan,” tegas beliau.

ADUN Bukit Payong yang juga Bendahari PAS Terengganu itu berkata demikian pada laman sosialnya semalam, Isnin, 4 Januari.

Katanya, PAS sedang memimpin perubahan untuk masa depan negara Malaysia yang lebih baik.

” Kita yang menentukan halatuju masyarakat akan datang. Moga Allah pelihara ummah dan negara kita,” tambahnya.