Tak Faham Mengapa Persekutuan Gagal Bayar Royalti Ikut Jadual

151

KUALA TERENGGANU – Rakyat dan kerajaan negeri pimpinan PAS tidak tahu apa sebenarnya justifikasi kerajaan persekutuan gagal membayar mengikut jadual, royalti petroleum kepada negeri Terengganu.

Naib Presiden PAS Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata tidak faham kerana kerajaan pusat tidak memberikan sebarang alasan dan kerajaan negeri masih berusaha menuntut agar pelunasan wang tersebut dijelaskan.

“keadaan yang sama, kerajaan negeri Terengganu diminta mengemukakan tuntutan berdasarkan kepada program dan keperluan kewangan, dari masa ke semasa,

“buat tuntutan baru dipertimbangkan, masih lagi banyak bakinya campur tahun ini, lebih satu billion ringgit lebih lagi belum dibayar,” jelas beliau.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar negeri Terenghganu b arklata demikian Ketika ditemui wartawan selepas merasmikan sukan sekolah-sekolah agama rakyat (DAR) Terengganu (MasDaT 2024) semalam.

Beliau menambah, Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan telah dimaklumkan tentang keperluan kerajaan negeri pada setiap bulan dan pertimbangan akan dibuat menerusi melalui Kementerian terbabit.

Mengulas tentang Pilihan Raya Kecil DUN Sugai Bakap, beliau yakin ‘mood’ rakyat masih bersama PAS dan Perikatan Nasional.

“kita sedang berusaha, jentera menjalankan kempen ‘all out’ dan semua petugas daripada negeri-negeritelah diarahkan untuk turun bertugas sehingga hari terakhir.” tegas beliau