Sungai Dungun Melebihi Paras Bahaya

2208
Air sungai dilaporkan membanjiri Sekolah Kebangsaan Pasir Raja, lewat malam semalan

KUALA TERENGGANU – Air Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja telah melebihi paras bahaya, manakala Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih telah melebihi paras amaran.

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) infobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Dungun meningkat kepada 37.75 meter pada jam 6.45 petang melebih tahap bahaya sebanyak 37.50 meter.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi.

“Mungkin pagi (hari ini Selasa) cuba masuk (ka kawasan tersebut) ……..Beras dan petrol kita hntar minggu lepas doh……..sebagai stok pangkalan hadapan,” jelasnya

Keadaan air sungai yang melimpah di kampung Shukur, semalam

Manakala Sungai Kemaman, disukat pada kedalaman 13.29 meter, yang melebihi paras amaran, sebanyak 13.25 meter.

Beberapa sungai-sungai lain juga menunjukkan kenaikan paras air, ntaranya Sungai Besut di Kampung La, Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu, sungai Tebak di Jambatan Tebak dan Sungai Berang di Kampung Menerong.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran bahawa hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Dungun dan Kemaman di Terengganu, Kuantan dan Kota Tinggi, Johor sehingga esok.