Sumbang Makanan 460 Buah Rumah PKPD

457

KUALA TERENGGANU – PAS kawasan Besut menyampaikan sumbangan makanan kepada 460 buah rumah yang terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Hulu Besut.

Katanya, bermula 14 sehingga 27 Februari lima buah kampung di Hulu Besut, iaitu Kampung Chegar Batang, Kampung Lepan Kejor, Kampung Telaga Nibong, Kampung Darau-Awek dan Kg Padang Baloh ditutup untuk keluar masuk.

Setiausahanya, Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, ia sedikit sebanyak membantu mereka yang tidak dapat keluar untuk mencari barang keperluan di saat ini.

“Alhamdulillah setakat ini Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menyampaikan sumbangan di kampung- kampung tersebut dalam bentuk makanan basah dan makanan kering,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Besut berkata demikian ketika dihubungi pihak media pada semalam.

Tambahnya, beliau berharap penduduk di kawasan terbabit agar bersabar dan mengikuti arahan pihak kerajaan dari masa ke semasa.

Sementara itu, PAS Kawasan Besut telah turun menyantuni petugas frontliner seperti polis, rela, dan pegawai kesihatan daerah.

“Kami menyampaikan sedikit bungkusan makanan dan minuman sebagai tanda simpati kepada petugas-petugas yang berkawal menjaga keselamatan serta kesihatan penduduk kampung tersebut,” ujarnya.

Justeru itu, beliau mengajak orang ramai agar sama-sama berdoa agar pendemik ini segera berakhir kerana ia menyekat kegiatan penduduk dan sukar mencari sumber rezeki untuk keluarga.