SPM 2020; Berdepan Pandemik, MTT Sasar 22 Peratus Cemerlang

80

KUALA NERUS – Walau pun berdepan cabaran pandemik dan pernah diarahkan tutup ekoran penularan Covid-19, namun Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah (MTT) menyasarkan, sekurang-kurangnya 22 peratus daripada 84 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat keputusan cemerlang.

Ketua Sektor Tugas Khas MTT, Ustaz Hasbullah Mamat berkata, kesemua pelajarnya kini sedang tekun menghadapi peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abas (ADHA) Tok Jiring.

“sebagai sebuah sekolah agama rakyat, semua calon menjalani peperiksaan berpusat di ADHA, seramai 84 orang setiap hari pergi dengan bas mengikut SOP yang ditetapkan,

“kita optimis keputusan in shaa Allah, ‘straight’ A seramai tiga orang, 6A keatas seramai 15 orang, semoga mereka diberikan kemudahan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini, mengulas peperiksaan SPM yang dimulakan di seluruh negara pada Isnin lepas 22 Februari.

Mengulas lanjut, beliau tidak menafikan sekolah yang diasaskan oleh almarhum Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik itu menghadapi kesukaran, terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak maut tersebut.

“apabila sekolah tutup, pelajar tak hadir, pembayaran yuran berkurangan dan menjejaskan pandapatan para guru dan ‘asatizah’ ,

“alhamdulillah, sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat yang memberikan sumbagan dapat sedikit sebanyak membantu,” tambah beliau.

Oleh itu, beliau mengalu-alukan orang ramai yang mahu memberikan sumbangan untuk menghadapi sesi baru persekolahan yang akan bermula pada awal April ini.

“kita akan mula sama seperti tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian, sesiapa yang nak menyumbang boleh salurkan ke akaun Mahaad Tahfiz Wal Tarbiyah, May Bank No. Akaun 563019246308,” ujarnya.