Solat Hajat Khas

149

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu menyeru kepada anggota dalam organisasinya di semua peringkat sama ada peringkat Negeri, Dewan-Dewan, Kawasan-Kawasan dan Cawangan-Cawangan serta ahli-ahli PAS, mengadakan solat sunat hajat.

Setiausahanya Haji Muhyidin bin Abdul Rashid memohon agar seluruh kerluarga PAS mendoakan kesihatan kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Saya mohon kerjasama semua, agar dapat mengadakan solat hajat khusus untuk keselamatan dan kesihatan Tuan Guru. Semoga beliau dikurniakan kesihatan segera oleh Allah SWT,” ujarnya dalam satu kenyataan media semalam.

Di samping itu juga, beliau menggesa semua rakyat agar sama-sama berdoa, semoga Allah menyelamatkan negeri dan negara kita daripada wabak Covid-19, yang sedang melanda sekarang ini.

“Solat hajat ini sama-sama kita kerjakan sejurus selepas solat Isyaa’ di rumah masing-masing, insya-Allah,” tambah beliau.