Sistem Kesihatan Indonesia Hampir Lumpuh

204

Presiden Indonesia Joko Widodo berkata, negara tersebut sedang menghadapi “situasi luar biasa” menggambarkan keadaan sistem kesihatan ‘hampir lumpuh’ sepenuhnya.

Menurut laporan, jangkitan COVID telah meningkat dengan lebih dari 2 juta kes dilaporkan pada hari Sabtu dan kadar jumlah pesakit dihospital melonjak menjadi lebih dari 75 peratus di ibu kota Jakarta dan daerah-daerah lain .

Justeru Jokowi berikrar untuk bertindak balas dengan “kebijakan cepat dan sesuai” dalam menghadapi serangan virus baru, termasuk varian Delta yang menular pantas.

Peningkatan kes memaksa beberapa hospital mendirikan khemah darurat, menurut laman web berita Detik, yang memetik pejabat kenyataan pemerintah.

Jurucakap persatuan perubatan wilayah Jawa Barat, Eka Mulyana berkata, gejala klinikal menunjukkan peningkatan mendadak.

“Di Jawa Barat, kadar penggunaan katil telah melebihi 90 peratus. Bahkan beberapa hospital telah melebihi dari 100 peratus, ”katanya kepada wartawan.

Hampir 1,000 pekerja kesihatan Indonesia terkorban akibat virus itu sejak wabak bermula, dengan persatuan perubatan negara mengesahkan, 401 doktor adalah antara mangsa, termasuk 14 yang telah diberi vaksin sepenuhnya.

Di Medan, anggota pasukan petugas COVID ibu kota provinsi Sumatera Utara, Dr Inke Nadia D Lubis melaporkan, dalam enam bulan terakhir sebanyak 1, 800 kanak-kanak telah dijangkiti virus, termasuk 14 yang meninggal dunia.

Lebih daripada satu pertiga kes yang dilaporkan adalah pelajar usia sekolah rendah, sementara satu perempat adalah pelajar usia sekolah menengah, kata Inke oleh Detik.- sumber AJE