Sistem Islam Bersih Dari Rasuah

670

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/ABA.JPGKonsep serta sistem pemerintahan Islam boleh menghindari amalan rasuah kerana ajaran Islam bukan sahaja melarang malah mengharamkan amalan rasuah dengan pembalasan neraka di akhirat kelak.

Ia dibuktikan tidak ada amalan rasuah dalam pemerintahan kerajaan PAS Terengganu (1999 – 2004) dan PAS Kelantan (1990 – hingga kini)

Amalan rasuah bukan sahaja dilarang oleh agama tetapi diharamkan oleh Allah Ta’ala dengan pembalasan neraka.

Justeru itu, jika ada mana-mana pihak yang menuduh amalan rasuah berleluasa dalam Islam, ia adalah satu dakwaan yang tidak benar sama sekali.

Namun begitu, pemerintahan di negara-negara umat Islam masakini tidak boleh disandarkan kerana kebanyakkan kerajaan yang memerintah tidak melaksanakan pemerintahan Islam sebenar.

Konsep serta sistem pemerintahan Islam adalah yang terbaik untuk menjaga diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

** Intipati Ucapan Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah dalam Majlis Cakna Mesra anjuran Lajnah Kebajikan Hal Ehwal Wanita (Halwa) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tepoh, di Pusat Khidmat Dun, Kampung Tok Jiring, dekat sini, baru-baru ini.