Lebih malang lagi, calon tersebut ialah Ismail Saffian, 49, merupakan bekas Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara
Tindakan meninggalkan sampah sarap itu seolah-olah perbuatan sengaja para petugas BN kerana didapati kerusi dan meja bagi majlis tersebut telah pun dikemaskan.
Seorang penduduk tempatan yang ditemui merasa kesal dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab BN terutamanya majlis tersebut dihadiri oleh seorang bakal Perdana Menteri.
Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, sepatutnya Ismail Saffian yang juga bekas Pengarah Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negera lebih arif tentang masalah kebersihan.