Silika; Kerajaan Terengganu Mungkir Janji

6684

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu disifatkan sebagai ‘mungkir’ apabila gagal membangunkan kilang kaca, sebagaimana dijanjikan ketika mahu memulakan projek lombong silika, kira-kira empat tahun yang lalu.

Bekas ketua Kampung Bari Besar, Setiu, Hasan Basri berkata, pegawai kerajaan dan pemaju etika bertemu pemduduk kampun berjanji akan memdirikan kilang tersebut samada di kampubg Saujana atau Bari Besar.

“Isu tentang (nak buat) kilang berapa kali dah bunyi……..kerajaan kata nak buat dekat (kampung) Saujana la… nak buat (di kampung) Bari,

Loji untuk membasuh silika sebelum dimuatkan, sama ada ada dalam lori atau atau kapal, untuk dibawa keluar dari negeri Terengganu

“asal mula-mula (kata) nak buat kilang cermin di Saujana tetapi sekarang lain….buat lari (bawa keluar) pasir itu ke tempat lain…… dengar pada orang lori kata, alah (dibawa) ke Melaka,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembagan dan perrjalanan lombong pasir Silika di kampungnya, pada Rabu 24 Januari.

Menurutnya , kira-kira empat hingga lima lori besar atau ‘treler’, mengangkut hasil bumi Terengganu itu, keluar dari kawasan memprosesnya, pada setiap hari.

Jati khas yang dibina untuk mengangkut silika mentah terus ke kapal dan diekspot keluar negara

Bahkan, kata beliau, tidak kurang daripada tiga kali, kapal berlabuh di jeti khas di pantai kampung tersebut bagi memunggah Silika mentah.

“Kalau tengok masa RELA jaga masa (itu) dia angkut pasir itu…..RELA jaga (dalam tempoh) 24 jam (lori) lalu di jalan besar, nak lintas lalu jalan utama,

“Lori yang mengangkut pasir Silika akan hantar ke jeti untuk dihantar ke kapal dan kalau ada gelombang (laut gelora) kapal untuk mengambil silika tak boleh masuk kerana air (besar) untuk kapal lalu tak padan (sesuai),” jelas beliau.

Bekas Ketua Kampubg Bari Besar, Hasan Basari

Justeru itu, beliau berkata, projek perlombongan Silika yang diperbesar-besarkan oleh kerajaan negeri itu, adalah berlaku sebalikya.

Kata beliau, projek tersebut tidak membawa faedah dan keuntungan ini tiada keuntungan kepada orang kampung.

“nampaknya orang kampung taka da keuntungan daripada projek (lombong silika) ini…..tak ada harapan apa-apa,

Kawasan loji memproses membasuh silika mentah di Kampung Sungai Bari, Setiu

“kalau ada (buka) kilang (cermin) boleh tahan sikit (untuk orang kapung bekerja),” kata beliau, kesal.

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kilang Pemprosesan Silika di Bari telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 8hb September, 2014.

Sebelum itu, mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri tidak membenarkan sumber asli silika yang terdapat daerah di Setiu dan Marang di bawa keluar, sebaliknya pelabur luar perlu melabur dan memprosesnya di negeri ini.

Berkata, langkah itu bertujuan menjaga kepentingan rakyat tempatan kerana industri tersebut mampu menjana lebih 1,000 peluang pekerjaan jika ia dimajukan serta merangsang pembangunan industri hiliran berkaitan.

Katanya, tapak projek silika seluas 1,800 hektar di Setiu dan Marang itu terletak dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan bakal menjadi kawasan perindustrian berpusat pertama di dunia untuk sektor berkaitan silika.

“Projek ini akan dibangunkan oleh Terengganu Industrial Minerals Sdn Bhd (TIM) dengan kerjasama syarikat-syarikat antarabangsa dari Jepun, India, Perancis dan Belgium,” katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Projek Silika dan Pelancaran Terengganu Kristal di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 20 Februari, 2012.