Sibuk Sara Keluarga Tak Halang Hadir Program Parti

203

DUNGUN – Walaupun sibuk mencari nafkah untuk menyara keluarga tidak menghalang seorang ibu tunggal untuk turut menghadiri program yang diadakan oleh Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Cawangannya.

Rohanah Zani, 62, penerima Anugerah Tokoh Keluarga Tunggal Mithali, berkata beliau mula bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga sejak suaminya sakit tidak dapat bekerja disamping itu setiap kali ada program Yasinan atau usrah Muslimat beliau tidak ketinggalan untuk turut serta.

“Pukul 3.00 pagi sampai 8.00 pagi, Kak Na kerja kat katering, bila pukul 9.00 pagi mengajar di kelas fardu ain untuk wanita sampai pukul 2.00 petang, kalau ada program Muslimat Cawangan Kak Na gilah, biasa pukul 3.00 petang.


” Balik tu, pukul 6.00 petang kerja kedai makan sampai pukul 1.00 pagi, gitu lah hari – hari kerja Kak Na, walaupun susah Kak Na tetap bersyukur, Allah tolong Kak Na, ada mertua Kak Na jaga anak yang baru berumur 7 bulan, masa Kak Na pergi bekerja,” ceritanya yang membahasakan diri sebagai Kak Na.

Kak Na berkata demikian ketika dihubungi di rumahnya di Kampung Balai Besar di sini semalam.

Beliau, yang menjadi ibu tunggal sejak 23 tahun lalu, sedikitpun tidak menduga menerima anugerah tersebut.

“Sebagai seorang ibu, bila melihat anak-anak membesar dan berjaya, taat kepada Allah, tidak tinggal sembahyang serta hidup aman damai, itulah anugerah terindah,” kata ibu kepada 10 anak itu.