Sumber Buletin memberitahu, setelah kejadian yang dilaporkan berlaku pada minggu lalu, pihak pentadbiran sekolah berkenaan telah memeriksa keadaan syiling tempat kipas yang jatuh itu bergantung.
Apabila pemeriksaan dilakukan keatas bangunan Blok ‘E’ itu, didapati bukan sahaja kayu syiling kelas terbabit telah reput, bahkan kayu syiling bilik darjah bersebelahan turut rosak.
(Gambar – dua bilik darjah bangunan ‘Blok E’ telh ditutup untuk pembaikian)
Bagaimana pun kejadian yang telah menyebabkan seorang murid tahun 4 dalam kelas berkenaan mengalami kecederaan itu, tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Ia adalah kerana, murid yang ditimpa kipas itu, difahamkan, adalah anak salah seorang guru yang mengajar disekolah berkenaan.
Sehubungan dengan itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Dr. Alias Razak menyelar kerajaan dan Exco berkenaan yang sibuk berkempen E-Book sehingga tidak sedar sekolah reput.
Katanya kejadian kipas terjatuh semasa murid sedang belajar adalah satu contoh yang membuktikan kerajaan tidak fokus dan tidak memberi keutamaan,
“Kerajaan negeri Terengganu gagal dalam soal pentadbiran dan pembangunanan, slogan kerajaan hanyalah kosong semata-mata, sibuk berkempen ‘E-Book’ sehingga tidak sedar sekolah reput,”tegasnya ketika dihubungi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata belanja besar sebagaimana dibentangkan dalam bajet negeri tiap-tiap tahun gagal meletakkan keutamaan kepada kesejahteraan dan keselamatan rakyat.
Katanya, sepatutnya kejadian yang membahayakan keselamatan dan nyawa pelajar sekolah dapat dielakkan sekiranya pemeriksaan berterusan dibuat keatas bangunan-bangunan yang telah sampai tempohnya.
Justeru beliau mendesak pihak yang berkenaan memeriksa semua bangunan-bangunan sekolah baik yang telah berusia, atau pun yang baru, supaya kejadian yang sama tidak berulang.
“Saya harap tindakan segera dapat diambil supaya pihak kerajaan negeri, jabatan dan agensi yang terbabit memberikan tumpuan bagi membuat pemeriksaan keatas semua bangunan-bangunan sekolah, tidak kira yang lama atau pun yang baru dibina,”ujarnya.
Menurutnya banyak kejadian runtuh yang telah berlaku bukan menimpa bangunan-bangunan yang lama, tetapi bangunan yang baru dibina dan ada yang tidak sampai setahun umurnya