Siasat Masjid RM2.1 Juta Runtuh

826

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/MASJID%201.JPGPihak yang sepatutnya bertanggungjawab mengawal-selia sebarang pembinaan bangunan adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Terengganu.

Terkejut dengan kejadian bumbung Masjid Batu Putih di Kertih runtuh, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said segera mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) siasat insiden tersebut.

Beliau yang enggan mengulas lanjut turut mengarahkan agar pihak JKR negeri membuat laporan terperinci berhubung kejadian tersebut.

“Saya minta JKR menyiasat dan membuat laporan terperinci berhubung perkara ini (bumbung masjid runtuh),” ujarnya.

Sumber memaklumkan, masjid berkenaan dianggarkan bernilai RM2.1 juta boleh memuatkan 500 jemaah dalam satu-satu masa dibina pada akhir tahun 2006 dan siap sepenuhnya pada tahun 2008, lalu.

Jurutera Daerah JKR Kemaman, Ir Rosli Daud telah mengesahkan berlaku kejadian bumbung masjid yang runtuh di Kampung Batu Putih, Kertih.

Katanya, ketika kejadian runtuhan berlaku terdapat tiga orang pekerja terbabit sedang menjalankan kerja-kerja membaik-pulih di bahagian bumbung masjid berkenaan.

“Masjid ini dibina pada tahun 2006 dan siap sepenuh pada tahun 2008 dan boleh menampung sekitar 500 orang ahli jemaah dalam satu masa,” ujarnya.

Manakala, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Ir Ghazali Hashim memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan terperinci mengenai kejadian bumbung masjid yang runtuh tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.00 pagi pada 3 Oktober 2009 lalu, bumbung Masjid Batu Putih yang baru siap dibina setahun lalu runtuh dan musnah di bahagian hadapan serta sebahagian kecil struktur tengahnya.

Buletinonlinedifahamkan, kerja-kerja baik pulih atap masjid berkenaan sedang dilakukan berikutan berlakunya kebocoran sejak tiga bulan lalu.

 

Semenjak Dato’ Ahmad Said menerajui negeri Terengganu sebagai Menteri Besarnya banyak berlaku kejadian kerosakan berlaku pada bumbung bangunan runtuh, tumbang dan kebocoran termasuk di Kolam Renang di Pusat Arkuatik, Batu Burok, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Gong Badak, Menara Komunikasi di Besut dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Terengganu.