Setiu Bukti Perpaduan, Tersenarai 10 Daerah Paling Bahagia

250

KUALA TERENGGANU – Daerah Setiu berjaya berada dalam kelompok 10 daerah paling bahagia di Malaysia, satu pengiktirafan yang membuktikan kekuatan perpaduan rakyat dan keharmonian sosial yang wujud di daerah ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Zul Bhari Abdul Rahman, berkata kejayaan itu lahir daripada usaha bersama seluruh warga termasuk Pejabat Daerah, jabatan-jabatan kerajaan dan masyarakat setempat.

“Syukur alhamdulillah, Setiu dinobatkan dalam senarai 7 daripada 10 daerah paling bahagia dalam Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia.

“Pencapaian ini mencerminkan tahap kesejahteraan dan keharmonian sosial yang tinggi di Setiu,” jelasnya.Ketika dihubungi hari ini.

Ustaz Zul Bhari bin Abdul Rahman

Tambah Zul Bhari (Gambar atas), ia lahir hasil kesepakatan, penyatuan kerja dan doa warga yang cintakan kesejahteraan.

Justeru itu, beliau turut menyeru agar masyarakat Setiu terus istiqamah mengekalkan semangat kebersamaan itu kerana ia menjadi asas kepada rahmat dan keberkatan Allah SWT.

“Pengiktirafan ini meletakkan Setiu bukan sahaja sebagai daerah yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, tetapi juga sebagai model masyarakat yang harmoni dan bersatu padu,” tambah beliau lagi.