Oleh : Nooreni Abu Bakar
KUALA NERUS-Semua ahli Parti Islam SeMalaysia(PAS) merupakan agen penerangan, menyampai, menyebar dan menerang isu-isu supaya masyarakat mendapat maklumat yang tepat. .


IKetua Penerangan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, Hajah Fadhilah Mohamad berkata ianya bukan hanya terletak di bahu Lajnah Penerangan dan Hubungan Media(LPHM) semata-mata sebaliknya tanpa mengira di posisi mana mereka berada.
“Samada Lajnah Ekonomi ke, Lajnah Kebajikan ke, Lajnah Dakwah ke, kita ini merupakan agen penerangan, ” katanya.
Fadhilah turut memuji keberanian peserta tampil ke hadapan dan berpidato.
“Memang matlamat bertanding inginkan kemenangan tetapi yang penting ingin mencuba,
” Langkah pertama untuk berada di khalayak ini sudah dikira kemenangan, ” ujar beliau,teruja dengan kesungguhan peserta-peserta di pertandingan itu.


Beliau turut berharap dengan adanya pertandingan tersebut dapat menncungkil bakat-bakat baru sebagai penceramah yang boleh berceramah ke serata tempat di seluruh negeri Terengganu.
Pertandingan yang menyaksikan Puan Nur Aini Embong sebagai Juara Pidato Kategori Muslimat, manakala Puan Emy Marhin Aman pula dinobatkan sebagai Juara Kategori Ameerah.
“Pertandingan pidato yang diadakan di setiap DUN ini adalah bertujuan mencari wakil ke kawasan-kawasan dan seterunya mencari yang layak bertanding di peringkat negeri, ” jelasnya beliau.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr. Che Faridah Ismail dan juga Naib Ketua LPHM, DMPNT, Hajah Zaiton Abas yang juga bertindak sebagai juri pertandingan.