Seminar Pendidikan Islam Kontemporari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2009

649

Seminar Pendidikan Islam Malaysia Kontemporari Kebangsaan 2009 bertemakan “Menangani Kelangsungan Pendidikan Ummah” yang dilangsungkan selama dua hari bertujuan menyedarkan masyarakat tentang pendidikan Islam Kontemporari di negara kita.

Ia juga diharapkan dapat membantu merencana idea bagi pembangunan pendidikan Islam Haraki di seluruh negara.

Selain itu, seminar ini juga ingin menjadikan pendidikan bersepadu / tahfizul Quran sebagai pendekatan alternatif dalam pendidikan.

Klik UntukVideo Klip

Tajuk-tajuk kertas tersebut seperti dibawah;

Pendidikan Islam di Malaysia: Falsafah dan Realiti Semasa

 

KAFFAH: Pendidikan Haraki Semi Formal Peringkat Rendah 

Pendidikan Islam Bersepadu: Suatu Keperluan?

Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Swasta Islam: Pengiktirafan atau Bersendirian?

SERI: Pendidikan Rendah Islam suatu keperluan?

Pihak penganjur berharao seminar ini dapat mengorak langkah ke arah melahirkan kepimpinan pendidikan di dalam masyarakat dan seterusnya dapat membawa masyarakat bersama-sama mendepani isu-isu pendidikan Islam semasa.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada sekretariat penganjur seminar di e-mel [email protected] atau hubungi Setiausaha Sekretariat Seminar di talian; 017- 4120225.