Sembilan Usul Diterima Muktamar

2019

KUALA NERUS – Sebanyak Sembilan usul yang telah diterima oleh perwakilan dalam Muktamar PAS Pusat ke-64 kali ini, tiga diterima sebulat suara dan enam lagi diterima tanpa bahas.

Muktamar PAS Pusat kali ke-64 hari ini telah menerima tiga usul yang diterima dengan sebulat suara oleh para perwakilan daripada 196 kawasan parlimen di Malaysia.

Usul pertama yang diterima ialah Usul antarabangsa iaitu solidariti Baitul Maqdis yang dibawakan oleh Jawatankuasa PAS Pusat,

Usul yang menyatakan tentang adanya tangan-tangan yang gigih mengadakan situasi yang mencetuskan peperangan secara proksi dan mengambil peluang daripada pemerintahan kuku besi yang zalim di negeri-negeri yang menindas.

Maka beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia bersolidariti bagi mengembalikan dan memperjuangkan Baitul Maqqdis dan memperhebat usaha boikot, lupus dan sekat terhadap Zionis- Israel.

Daripada Kota Raja dan Lenggong pula, usul politik bagi memastikan peranan berkesan PAS dalam gerakan pembangkang, hala tuju bagi kepentingan Islam dan rakyat Malaysia dibacakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Raja, Mohamed Diah Baharun .

Usul ketiga yang dibentangkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), melalui wakilnya Ustaz Zulkifli Ismail, ialah berkaitan membantah Unified Examinations Certificate (UEC) yang dikatakan sebagai tidak menggunakan sukatan pelajaran Malaysia secara menyeluruh.

Manakala enam usul yang telah diterima tanpa bahas oleh perwakilan kali ini ialah, Mempertahankan aqidah dan kedudukan Islam di dalam negara oleh DUPP dan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP).

Penubuhan ‘Task Force’ PAS untuk Malaysia Timur diusulkan oleh PAS Kawasan Labuan, Memantapkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) usul daripada DMPP, usul pengiktirafan untuk sekolah agama oleh Kawasan Lenggong.

Usul mengukuhkan gagasan sejahtera dan usul kesatuan umat adalah usul cadangan daripada DPPM.