Semangat Mengundi Awal

369

DUNGUN – Semangat untuk menjadi pegundi terawal dapat dilihat di sekitar Sekolah Rendah Kampung Nyior pagi ini dimana para pengundi telah hadir di sekitar sekolah diawal jam 7.30 pagi.

Menurut seorang pengundi muda Wan Muhammad Amiirullah bin Wan Mansor, 26 tahun, beliau hadir ke pusat pengundian pada awal pagi walaupun dimaklumkan pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi.

“saya mari pukul 7.30 pagi walaupun tahu undi akan dibuka pada jam 8.00pagi kerana ingin menjadi yang terawal”.

Tambah beliau ketika ditanya , Wan Muhammad Amiirullah bin Wan Mansor ingin menunjukkan bahawa anak muda amat peka tentang pilihanraya yang akan menentukan kesejahteraan negeri .

“saya mari awal ni untuk membuktikan bahawa orang muda ni ambil cakna tentang pemilihan calon yang akan mentadbir negeri ini” kata beliau.

Turut hadir,calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka, Saiful Bahari Mamat bersama isteri yang mengundi di pusat pengudian yang sama.